Home / Video / Ulasan 2 Belanjawan 2025 : Baik buruk Belanjawan

Ulasan 2 Belanjawan 2025 : Baik buruk Belanjawan

2024-10-31 12:31:30   Zaharudin bin Muhammad

Rumusan Video

Ulasan bajet kali ke 2 ini kita akan tumpukan kepada baik dan buruk belanjawan dari perspektif syariat. Jadi malam ini saya akan ulas satu perkara penting yang telah diutarakan oleh PAS melalui tawaran Dokumen Hijau, iaitu cukai saham vs cukai dividen sebanyak 2% ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Kesan pelaburan ini, pelabur akan lari dan ia akan memberikan kesan kepada pasaran dan bursa kita. Dari satu sudut, kenapa cukai saham yang dicadangkan di dalam dokumen hijau berasaskan cukai yang diadaptasi daripada sistem zakat akan menarik pelabur, bukan 'menghalau' pelabur? Apa perbezaannya? Malam ini saya akan ulas. Faktor ringkas yang saya boleh kongsi ialah 'double taxes' yang berlaku dalam cukai dividen yang dilarang di dalam sistem cukai Islam sebagaimana sabda nabi SAW: لا ثنية في الزكاة Maksudnya: tiada bayaran berganda dalam pembayaran zakat. Saya juga akan ulas berkaitan dengan peningkatan kuasa beli berkait dengan 'bigmac value', bukan currency exchange. Begitu juga effect belanjawan terhadap kos sara hidup. Juga isu kritikal iaitu penarikan subsidi bersasar dan menjadikan golongan T15 sebagai sasaran. Berkenaan dengan gaji minimum Rm1700, bukan sahaja ada percanggahan dengan konsep ekonomi dan muamalat Islam, tetapi ia akan memberikan kesan kepada kenaikan inflasi pada tahun hadapan. Bukan menolak gaji minimum dengan tiada alternatif, tetapi alternatif kita ialah Islam, iaitu buang gaji minimum, ganti dengan kaedah Quut As-Sanah sebagaimana belanjawan dalam Islam, belanjawan negara Hidayah, bukan negara Jibayah.