Home / Video / Ulasan 1 Belanjawan 2025 : Negara Hidayah Vs Negara Jibayah.

Ulasan 1 Belanjawan 2025 : Negara Hidayah Vs Negara Jibayah.

2024-10-31 11:53:22   Zaharudin bin Muhammad

Rumusan Video

Belanjawan dalam negara islam tidak bersumberkan cukai daripada orang ramai, tetapi ia berkonsepkan ekonomi pusingan antara atas dan bawah di mana ekonomi bermula di bawah, bukan di atas sebagaimana konvensional. Dalam belanjawan konvensional, ekonomi bermula di atas (kerajaan) di mana wang disedut daripada orang ramai untuk memenuhi tabung kerajaan untuk dibelanjakan pada masa yang akan datang. sebab itu Ibn Khaldun menyifatkan sistem ekonomi kafir itu sebagai sistem jibayah (kutipan cukai).

Manakala belanjawan Islam pula disifatkan oleh Ibn Khaldun sebagai negara hidayah atau belanjawan Hidayah, iaitu mengikut petunjuk Al-Quran dan hadis, di mana fokus utama ekonmi ialah bermula di bahagian bawahan. Sebab itu saidina Umar kosongkan Baitulmal sekali setahun bagi memulakan ekonomi di peringkat bawahan. Minimum ialah Quut Sanah.